Cogan kata SK Tanjung Puteri Resort
"BERSAMA MENJULANG SKTPR"
Cogan kata “Bersama Menjulang SKTPR” telah dipilih sebagai cogan kata di sekolah ini
adalah juga diambil sempena cogan kata PPD Pasir Gudang iaitu “Kerja Sepasukan
Meraih Kegemilangan”. Kerja sepasukan inilah yang dituntut oleh mana-mana
organisasi termasuk sekolah.
Kejayaan
sesebuah sekolah selalunya bergantung pada keupayaan dan kesungguhan warganya
untuk menuju kecemerlangan. Untuk
mencapai kecemerlangan perlu ada konsep kebersamaan dalam semua bidang.
Penekanan pada konsep kebersamaan perlu ditanam dan dipupuk pada setiap warga
sekolah sama ada guru, staf, ibu bapa dan juga murid. Setiap warga sekolah perlu merasai nadi
denyut setiap aspirasi sekolah yang telah dipersetujui bersama. Langkah yang
diatur mesti sederap menuju kecemerlangan. Segala usaha dan doa hendaklah ke
arah perkara yang sama iaitu kecemerlangan SKTPR. Warga sekolah mesti
menyumbangkan sesuatu yang dapat memberikan sesuatu impak yang besar kepada sekolah
ke arah kecemerlangan. Sikap
mementingkan diri dan tidak ambil tahu perlu dikikis daripada sanubari setiap
warga.
Penglibatan
ibu bapa perlu dalam banyak urusan sekolah. Ibu bapa berlu diberitahu tentang
perkembangan semasa sekolah sama ada dari segi perkembangan kurikulum,
kokurikulum dan juga sahsiah anak-anak
mereka. Kejayaan akan lebih bermakna jika semua warga bekerjasama dan
bersepakat dalam menjulang SKTPR. SKTPR yang kami sayangi ini akan dapat
diletakkan dalam kelompok sekolah terbaik dan dikenali jika setiap warga
sekolah memikirkan bersama, melakukan bersama perkara-perkara yang diluar
kebiasaan hingga mencapai sesuatu yang luar biasa. Sesuatu program yang hendak dilaksanakan perlu
ada pakatan yang sebulat suara dan melakukannya secara bersama. “Team Work” dan
“Team Building” perlu diperkukuhkan agar
kejayaan manis dikecapi bersama.
- Ditulis oleh En. Mohd Jafaar Bin. Abd. Rahim Guru Besar SKTPR-
Logo SKTPR
Terdiri dari 3 warna utama iaitu Biru, Kuning dan Merah.
Motto SKTPR ialah Ilmu Asas Kecemerlangan
Lagu Sekolah
SK Tanjung Puteri Resort
Terukir indah namamu
Di sini hati kami terpaut
Untuk menuntut ilmu
Kau harapan nusa dan bangsa
Sekolah kami yang berjasa
Namamu dijaga sentiasa
Harum sepanjang masa
Janji kami terus terpahat
Mencapai kejayaan yang gemilang
Kini berusaha penuh semangat
Ilmu asas kecemerlangan
Terima kasih kami ucapkan
Pada semua guru yang budiman
Jasa dan baktimu tidakkan dilupakan
Jadi kenangan sepanjang zaman
Jadi kenangan sepanjang zaman